Kami menyediakan perkhidmatan mengikut keperluan individu dan organisasi kerana kami percaya setiap individu dan organisasi mempunyai keperluan yang berbeza. Berikut adalah perkhidmatan yang kami tawarkan untuk anda.
Simpanan Persaraan

Tahukah anda pada tahun 2014?
- 53% Ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang dari RM20k.
- 68% Ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan tidak melebihi RM50k.
- 50% pesara habis membelanjakan simpanan KWSP mereka dalam masa 5 tahun.
Adakah anda hanya bergantung pada simpanan KWSP sahaja ataupun anda mempunyai perancangan lain untuk menambahkan pendapatan persaraan anda?
Rancang simpanan persaraan anda dari sekarang. Buat pelaburan jangka panjang.
Public Retirement Scheme (PRS)

- Skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka bagi membantu anda menyimpan lebih banyak untuk persaraan.
- Memberikan pilihan bagi semua rakyat Malaysia sama ada bekerja atau bekerja sendiri bagi menambah simpanan persaraan.
- Pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun.*
- Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan skim ini dilindungi oleh Pemegang Amanah Skim
Rancang simpanan persaraan anda dari sekarang.
*Tertakluk terma dan syarat
Corporate PRS Programme

Retain your employees with PRS.
- a scheme that can help employers boost their compensation package by offering to contribute to their employees’ retirement fund on top of the mandatory EPF contribution
- vesting of PRS fund can be customised based on employers’ preferences
- tax deductions on contributions up to 6% to 7% of employees’ remuneration
- free personal accident insurance/takaful coverage for employees (subject to T&C)
Masih belum terlewat untuk bermula. Melabur Hari Ini untuk Masa Depan Yang Lebih Baik!
Brains, like hearts, go where they are appreciated.
Robert McNamara, former president of Ford Motor Company
Perancangan Pendidikan

Kos pengajian tinggi telah meningkat dengan ketara dalam dekan yang lalu dan boleh menjadi beban berat jika anda gagal menabung awal.
- Anggar kos pendidikan anak anda dengan mempertimbangkan beberapa faktor
- Tentukan jumlah tabungan/pelaburan untuk menampung kos pendidikan anak anda
Masih belum terlewat untuk bermula. Melabur Hari Ini untuk Masa Depan Yang Lebih Baik!
An Investment in Knowledge Pays the Best Interest
Benjamin Franklin
Matlamat Kewangan Khusus

Setiap individu dan syarikat mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza mengikut keperluan masing-masing. Antaranya
- simpanan kecemasan
- simpanan untuk percutian
- simpanan untuk modal perniagaan
- simpanan untuk membeli aset
- dan berbagai-bagai keperluan
Anda impikan yang anda mahu, kami cadangakan cara untuk mencapai impian kamu.
Hibah Harta

Tahukah anda harta juga boleh dihibahkan?
Antara harta yang boleh dihibahkan adalah hartanah, hartanah yang masih di dalam pinjaman bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun tabung haji.
Harta yang telah sempurna dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid. Sebaliknya harta yang telah dihibah itu akan dimiliki oleh penerima hibah seperti yang ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.
Pengurusan Harta Amanah

Amanahkan harta anda untuk manfaat benefisiari dan memenuhi keperluan anda. Antara harta yang boleh diamanahkan adalah:
- Hartanah
- Pelaburan Unit Amanah
- Wang Tunai
- Polisi Takaful
Pengurusan Harta Pusaka

Urus Harta Pusaka ahli keluarga dengan tepat dan mudah.
Suami atau isteri boleh mengisytiharkan bahawa harta tertentu yang mereka beli atau miliki sepanjang perkahwinan adalah hak harta sepencarian kepada pasangan mereka. Mereka boleh mengisytiharkan hak sehingga 50% dari harta tersebut sebagai harta sepencarian pasangan mereka.