Kita sering mendapat nasihat untuk mendapatkan Hibah Takaful untuk untuk kelansungan hidup keluarga kita. Tetapi pernahkah kita mendengar Hibah Harta? Tidak ramai yang tahu bahawa kita boleh juga menghibahkan harta kita. Sekiranya harta dihibahkan terlebih dahulu, isu tuntutan akan dapat diselesaikan, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Jika anda sudah mempunyai Hibah Takaful, tahniah saya ucapkan kepada anda. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan sementara harta-harta anda diagihkan mengikut sistem faraid. Yang menjadi persoalannya, tahukah anda pecahan pembahagian itu? Tahukah anda undang-undang dan prosedur pembahagian tersebuat? Apakah kos-kos yang terlibat dalam membuat tuntutan harta tersebut? Berapa lama proses itu akan berlangsung? Cukuplah takaful yang anda tinggalkan untuk kelurga sehingga proses pembahagian harta selesai?
Maka sebab itulah anda tidak boleh berhenti setakat mendapatkan hibah takaful sahaja. Anda patut juga hibahkan semua harta. Apakah harta yang boleh anda hibahkan? Antara harta yang boleh dihibahkan adalah
- Tanah
- Rumah
- Kereta
- Akaun Bank
- Pelaburan (Saham/Unit Amanah)
Sekiranya Tidak Dibuat Hibah Harta
Sekiranya tidak dibuat hibah harta, maka pembahagian secara faraid akan dilaksanakan. Dibawah adalah contoh pembahagian harta, mengunakan maklumat mendiang Abam Bocey yang diperolehi dari Wikipedia dan artikel-artikel berita. Maklumat digunakan sebagai contoh dan tidak ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah pada 10 September 2020 yang lalu.
Jika diperhatikan betul-betul, hanya ibu bapa mendiang sahaja yang layak mendapat bahagian harta manakala adik beradik mendiang tidak mendapat sebarang bahagian di dalam pembahagian harta tersebut. Masih kurang jelas? Lihat pula gambar di bawah. Lihat pada pecahan pembahagian.
Sekarang lebih jelas? Maka sebab itulah kita perlu menguruskan harta kita lebih awal supaya tidak timbul masalah di belakang hari. Buat janji temu sekarang.
Penafian Laman web ini dihasilkan oleh Sabah Wealth Advisor mengandungi pandangan dan pendapat peribadi dan tidak mewakili komunikasi rasmi daripada mana-mana syarikat.