Mari bersama menempa kejayaan Duniawi & Ukhrawi bersama Wasiyyah Shoppe Berhad. Peluang kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam yang berminat untuk bersama-sama kami di dalam dakwah memartabatkan fiqh mawarith di bumi tercinta ini dengan menjadi Dai’e Pewarisan.

Kelebihan Menjadi Dai'e Pewarisan

Kelebihan Jika Anda Menjadi Dai’e Pewarisan

Organisasi Peneraju

  • Syarikat amanah patuh syariah yang terbesar di Malaysia dari segi nilai harta pusaka.
  • 68,000 pelanggan telah menggunakan perkhidmatan perancangan harta secara Syariah.
  • Mewakili nilai harta mencecah sehingga RM 35 bilion.
  • Ditadbir oleh Lembaga Pengarah profesional dan dipantau kepatuhan Syariahnya oleh Panel Syariah berpengalaman.
  • Operasi sayrikat adalah mengikut standard tadbirurus amalan terbaik (best practice) setaraf syarikat senaraian awam (public listed company).
  • Beroperasi tanpa kompromi mengikut Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat 2016 dan Malaysia Code of Corporate Governance 2000.

Syarikat Yang Memenangi Anugerah

  • Dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka Malaysia 2020 oleh NiagaTimes.
  • Dianugerahkan sebagai Inspirational Company oleh World Confederation of Business yang berpusat di Houston USA pada tahun 2019.
  • Dianugerahkan sebagai Best Regional Enterprise (Asia) oleh European Business Assembly di London pada tahun 2018.
  • Syarikat bumiputera berprestasi tinggi yang tersenarai sebagai syarikat TERAS di bawah unit TERAJU Jabatan Perdana Menteri semenjak tahun 2009.

Sistem Latihan Atas Talian (e-Learning)

Selaras dengan strategi transformasi digital yang sedang agresif dilakukan, sistem latihan atas talian (Learning Management System) inovatif yang pertama di dalam industri telah diperkenalkan. Ia memudahkan para Dai’e Pewarisan untuk melalui modul latihan mengikut fleksibiliti masa sendiri. Dai’e Pewarisam tidak perlu bersusah-payah menghadiri kelas secara fizikal.

Budaya Ilmu

Sebagai syarikat amanah ‘research-based’, Wasiyyah Shoppe Berhad sentiasa menganjurkan pelbagai sesi webinar di mana panel berpengalaman dan berkepakaran di dalam undang-undang syariah dan sivil berkaitan pewarisan harta orang Islam dijemput untuk berkongsi ilmu dengan dai’e. Dai’e juga berpeluang untuk belajar secara istiqomah pelbagai ilmu berkaitan melalui sesi-sesi yang kerap dianjurkan bersama pengurusan Syarikat. Budaya ilmu yang subur ini memastikan Dai’e Wasiyyah Shoppe Berhad dapat memberikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Renumerasi Yang Menarik

Bagi memartabatkan kerjaya ini sebagai Dai’e Pewarisan, syarikat menyediakan pakej remunerasi menarik yang meliputi komisen dan insentif perlancongan. Dai’e yang cemerlang sebelum ini dibawa menunaikan umrah dan melancong ke Korea, Indonesia, Thailand, Australia dan Turki. Konvensyen tahunan gilang-gemilang pula dianjurkan pada setiap tahun untuk meraikan Dai’e yang cemerlang.

Syarat Kelayakan Menjadi Dai’e

  • Beragama Islam
  • Akademik Diploma ke atas
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Setiap perunding didaftarkan melalui pengenal (Perunding yang sah perjanjian)

Berminat Untuk Sertai Kami?

Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda.

Kemaskini: 18 Februari 2022

<< Kembali