Site Loader
Kota Kinabalu, Sabah
Konsep Unit Trust

Unit trust adalah satu daripada pelbagai jenis produk pelaburan yang ditawarkan di negara ini. Selain unit trust, anda juga boleh melabur dalam pelaburan yang lain seperti saham, bon, waran, matawang, derivatif dan sebagainya. Dapal artikel ini, kita hanya akan fokus kepada pelaburan unit trust sahaja.

Di Malaysia, pelaburan unit trust juga merujuk kepada pelaburan unit amanah dan amanah saham. Di negara lain pula, ia juga dikenali sebagai mutual fund. Berikut adalah beberapa fakta berkenaan pelaburan unit trust.

1. Konsep Pelaburan Unit Trust

Secara ringkasnya, unit trust adalah skim pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan modal mereka ke dalam satu tabung atau dana. Dana tersebut akan dilaburkan oleh pengurus dana professional ke dalam portfolio sekuriti mengikut objektif dana dan strategi pelaburan.

Konsep Unit Trust
Konsep Pelaburan

2. Siapa Yang Menguruskan Dana Pelaburan?

Pelaburan diuruskan oleh Unit Trust Management Company, UTMC (Syarikat Pengurusan Unit Amanah), di mana pengurus dana professional ini bernaung. UTMC pula dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dan operasinya dibenarkan oleg Bank Negara Malaysia. Sehingga 31 Mac 2021, terdapat 39 UTMC dibenarkan beroperasi di Malaysia. Senarai UTMC yang beroperasi boleh dilihat di sini.

3. Dimana Dana Dilaburkan?

Dana akan dilaburkan ke dalam pasaran ekuiti (saham), pasaran bon/sukuk dan pasaran wang. Risiko dan pulangan pelaburan bergantung kepada dimana dana tersebut dilaburkan. Dana juga dilaburkan mengikut kedudukan geografi pasaran ekuiti. Dana mungkin dilaburkan dalam negara sendiri, benua seperti Asia, serantau seperti ASEAN, dan negara tertentu seperti Amerika Syarikat, India, Vietnam dan Indonesia. Sehingga 31 Mac 2022, terdapat 749 dana telah diluluskan di Malaysia di mana 276 daripadanya adalah dana patuh syariah.

4. Siapa Yang Memantau Pelaburan?

Pelaburan akan dipantau oleh Syarikat Amanah (Trust Company). Syarikat ini tidak menguruskan pelaburan tersebut, tetapi hanya memastikan dana tersebut dilaburkan mengikut objektif yang sudah ditetapkan. Setiap dana mempunyai objektif pelaburan yang berbeza.

5. Pelaburan Minima

Bergantung kepada UTMC dan dana yang ditawarkan, pelaburan minima adalah diantara RM100 dan RM1,000.

6. Pulangan Purata Pelaburan

Terdapat dua jenis pulangan dalam pelaburan ini, iaitu dari kenaikan harga seunit pegangan dan pengagihan pendapatan. Bergantung kepada dana tersebut, kadar pulangan purata adalah diantara 8% dan 12%. Kadar pulangan ini adalah lebih tinggi berbanding kadar pulangan bagi akaun simpanan dan deposit tetap, malahan lebih tinggi berbanding kadar inflasi.

7. Tempoh Pelaburan

Tempoh minima pelaburan yang disarankan kepada pelabur adalah 3 tahun. Walau bagaimana pun, pelabur akan mendapat pulangan yang lebih banyak untuk tempoh yang lebih panjang.

8. Kos Pengursan

Bila anda melabur, terdapat kos-kos yang perlu dibayar kepada UTMC. Berikut adalah kos-kos yang terlibat.

  1. Sales charges, yang dikenakan setiap kali anda membuat pelaburan.
  2. Management fee, dikenakan setahun sekali.
  3. Trustee fee, juga dikenakan setahun sekali.
  4. Switching fee, dikenakan jika anda ingin menukar ke dana yang lain.
  5. Redemtion fee, dikenakan jika anda ingin menjual unit pegangan anda.

Walau bagaimana pun, terpulang kepada UTMC untuk mengenakan atau tidak kos tersebut.

9. Adakah Unit Trust Berbeza Dengan Pelaburan ASB?

ASB adalah salah satu pelaburan unit trust. Bezanya adalah harga seunit adalah tetap, oleh itu pulangan pelaburan adalah dalam bentuk dividen dan bonus tahunan sahaja.

Kesimpulan

Pelaburan ini adalah sesuai untuk pelaburan jangka panjang terutama sekali bagi mereka yang kurang mahir dengan pelaburan saham. Konsepnya mudah di mana duit anda dikembangkan oleh Pengurus Dana Profesional. Strategi melabur dalam unit trust juga mudah untuk diikuti.

Penafian

Laman web ini dihasilkan oleh Sabah Wealth Advisor mengandungi pandangan dan pendapat peribadi dan tidak mewakili komunikasi rasmi daripada mana-mana syarikat.

Post Author: Editorial Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *