Anda tidak perlu menjadi saintis roket. Pelaburan bukanlah satu permainan yang melibatkan individu dengan IQ 160 mengalahkan individu dengan IQ 130. – Warren Buffet

Segelintir individu berpendapat bahawa nasib memainkan peranan dalam pelaburan dan beberapa perkara perlu terjadi bagi membolehkan seseorang pelabur menjada keuntungan. Antaranya adalah pilihan saham, pergerakan saham dan masa yang tepat.

Namun, adakah nasib benar-benar memainkan peranan? Itu bergantung jika anda ingin menjadi:

Spekulator

Fokus dalam membuat keuntungan dengan cepat dengan meramal pergerakan saham


Mengabaikan risiko produk


Tidak sabar

Jika anda seorang spekulator, anda memerlukan NASIB

atau

Pelabur

Memahami ciri-ciri dan risiko produk sebelum melabur


Membuat perancangan jangka panjang


Tidak dipengaruhi oleh pergerakan saham


Fokus pada pengumpulan kekayaan untuk jangka panjang


Melabur secara tetap

Jika anda seorang pelabur, anda memerlukan STRATEGI

Berikut merupakan perkara yang PATUT dilakukan dan TIDAK PATUT dilakukan dalam merancang strategi untuk pelaburan unit amanah anda:

PATUT DILAKUKAN

1. Peruntukan Aset

Agihkan pelaburan ke dalam pelbagai kelas aset mengikut matlamat, toleransi risiko dan jangka masa pelaburan individu.

3d pie chart

• Dana Ekuiti

• Dana bon

• Dana Pasaran Wang

Berapakah yang perlu anda peruntukan ke dalam ekuiti?

Lazimnya: Peruntukan aset ekuiti dan bon/pasaran wang adalah mengikut umur.

100 – UMUR

=

% pendedahan dalam EKUITI

Contoh:
Jika anda berumur 30 tahun, anda boleh melabur 70% daripada pelaburan anda dalam ekuiti dan selebihnya ke dalam bon dan/atau pasaran wang.

2. Pempelbagaian

Agihkan pelaburan ke dalam pelbagai dana dalam setiap kelas aset untuk mengurangkan ketidaktentuan portfolio secara keseluruhan.

3d pie chart

• Dana Ekuiti

Dana Ekuiti A
Dana Ekuiti B
Dana Ekuiti C

• Dana bon

Dana Bon A
Dana Bon B

• Dana Pasaran Wang

Dana Pasaran Wang A
Dana Pasaran Wang B

Bagaimanakah anda mempelbagaikan dana?

Dana dengan mandat-mandat yang berbeza:

global market

Dana-dana domestik/serantau/global/negara

industrial

Dana-dana dilaburkan dalam modal besar/modal sederhana/modal kecil

sector

Dana mengikut sektor

3. Pemurataan Kos Ringgit (RCA)

RCA ialah teknik pelaburan yang memerlukan pelabur untuk melabur sejumlah wang yang tetap pada selang masa tetap. Dengan RCA, anda dapat:

saving

Memupuk amalan menabung yang konsisten

timing invest

Melabur tanpa perlu meramal pergerakan pasaran

long term investing

Mengatasi naik turun pasaran saham untuk jangka panjang

risk

Mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pelaburan sekaligus dengan jumlah yang banyak.

Bagaimana untuk melaksanakan RCA?

Daftar untuk Arahan Debit Terus (ADT) melalui perkhidmatan atas talian kami.

4. Melabur untuk jangka panjang

Pasaran saham cenderung untuk menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh dalam jangka masa yang panjang. Walaupun ia kelihatan tidak menentu dalam jangka pendek, sejarah menunjukkan pelaburan yang terus dikekalkan dalam jangka panjang biasanya akan memberikan keuntungan.

indeks bursa malaysia
Indeks Bursa Malaysia (Januari 1982 – Mac 2020)

TIDAK PATUT DILAKUKAN

1. Melabur dalam satu dana sahaja

Jika melabur dalam satu dana atau dua dana sahaja dan melabur dalam kategori dana yang sama (contoh: dana ekuiti domestik sahaja), penurunan berpotensi dalam prestasi dana tersebut akan memberikan kesan besar terhadap keseluruhan portfolio.

Apa yang anda boleh lakukan?

Mempelbagaikan pelaburan anda dengan memilih dana yang pelbagai yang dilaburkan merentasi pasaran dan sektor yang berbeza.

Bagi pelabur baharu yang mempunyai sumber yang terhad, pertimbangkan untuk melabur dalam dana imbang untuk mencapai objektif yang sama.

2. Jangan cuba untuk meramal pasaran

Meramal pasaran adalah perkara yang sukar walaupun untuk Pakar pelaburan. Oleh itu, pelabur tidak patut mencuba untuk berbuat sedemikian melalui pembelian dan penjualan dana yang kerap.

Apa yang anda boleh lakukan?

Melabur dalam dana unit amanah anda untuk jangka masa yang lebih panjang iaitu 5 tahun atau lebih bagi membolehkan pelaburan anda mempunyai lebih banyak masa untuk berkembang.

Fokus pada matlamat jangka panjang anda, teruskan melabur walaupun semasa ketaktentuan pasaran jangka pendek dan melabur secara tetap.

3. Jangan melakukan penukaran dengan kerap

Pelabur sering menukar dana untuk cuba meningkatkan pulangan mereka. Walau bagaimanapun, penukaran yang kerap dan mengikut perasaan mungkin akan memberikan kesan negatif terhadap pulangan portfolio. Ini bukan sahaja kerana terdapat kos yang terlibat, malah meramal pasaran juga adalah sesuatu yang amat sukar.

Apa yang anda boleh lakukan?

Amalkan peruntukan aset dan pempelbagaian. Portfolio yang terpelbagai akan membantu melindungi pelaburan daripada kemerosotan pasaran.

4. Jangan membuat keputusan mengikut emosi

Biasanya, parasaan takut dan tamak merupakan pendorong utama emosi dalam membuat keputusan melulu dan menyebabkan pelabur melaksanakan jual beli secara terburu-buru semasa turun naik pasaran.

Apa yang anda boleh lakukan?

Amalkan Pemurataan Kos Ringgit (RCA) melalui kemudahan Arahan Debit Terus (ADT) dan Arahan Pelaburan Tetap (RIA) untuk menempuhi naik turun pasaran.